Siapa Bantu Komunis Sebenarnya.
Lapuran malaysia Kini kemarin melapurkan/mendakwa exco Selangor Ronnie Liu membantu komunis. Menurut dakwaan Malaysia Kini lagi sebenarnya dakwaan ini datang dari The Unspinners juga dicedok dan siarkan pula oleh blogger ParpuKari. Kalau mereka kata Komunis tak boleh diiktiraf kerena mereka kejam.
Tetapi kenapa pula mereka bole mengiktifar orang Jepun. Sedangkan kalau diikutkan ramai Rakyat Tanah Melayu Bekas Tentera, Bapa, Mak dan atuk nenek yang disiksa oleh orang Jepun. Nama nama seperti Lt. Jeneral Takaro Matsu, Kolonel Saeiki, Lt Jeneral Yamasita serta kaum kerabat mereka yang menyiksa rakyat Tanah Melayu malah ramai juga orang muda yang di kerah jadi buruh paksa untuk membina Jalan Kereta Api Maut Thailand ke Burma…. che wah macam guru sejarah lah pulak ye…… Tapi tak pelah sebagai satu lipatan sejarah dan mungkin semuanya adalah menyebab Tertubuh Negara MALAYSIA pada hari ni
Sajib : Hu sapa amoi ni tak pernah nampak pun ?
Hu : Latok Ni Wa punya julubahasa Latok, ini amoi2 semua tak tau cakap France looo
Sajib : Oh i see … Errr orait jugak ye amoi amoi ni ye
Hu : Haiya nanti itu lu punya big mama tengok kasi C4 susah maaa
Pada sahari dua ni Lawatan Presiden China juga General Secretary of the Comunist Party of China, Central Committee, Chairman of the Comunist Party of China Central Military Commission, and Chairman of the Central Military Commission of the People’s Republic of China. Ni pun puak puak Komunis jugak kan ? serumpun juga ….. Errr ada berani mereka buat Demo Kepala Lembu buat bantahan ke mementang kedatangan delagasi mereka. ?? Ada Berani ??
Ini pula berita yang baru saya terima
…… Setiausaha Agung Majlis Perdagangan Malaysia-China, Datuk David Chua berkata, perkara kedua yang disebut oleh Najib ialah projek landasan berkembar dari Gemas ke Johor Baharu. “Persetujuan dicapai pada dasarnya bahawa sebahagian daripada projek itu ditawarkan kepada kontraktor dari China dan ini melambangkan kerjasama baik antara kedua-dua negara demi kemajuan dan pertumbuhan ekonomi di selatan dan keseluruhan negara secara umum, katanya. Berita Harian http://www.bharian.com.my
Wooo Setuju macam mana tu bro tender terbuka atau kasi terus project tu …. Apa apa pun tak kisah lah asal lu orang jalin kerjasama 2 hala (Betul ke 2 Hala????) dengan parti Komunis ke Jepun Ke tak kisah lah. Ni budak budak 2 -3 ekor melalak tak tentu pasal ni yang aku menyampah sangat tu…


2 Comments to “Siapa Bantu Komunis Sebenarnya.”