Cinta Selepas Kahwin
Bulan November muncul lagi…. Kira kira 9 tahun yang lampau seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita. Lelaki tersebut tiadalah hensem, tiadalah berharta, tiadalah berjawatan tinggi. Atas aturan kedua dua orang tuanya maka lelaki tersebut telah melangkah ke satu alam baru iaitu alam perkahwinan. Maka habislah semua freedomnya bertukar semua aktiviti sehariannya kearah membina sebuah rumahtangga yang diidamkan oleh setiap pasangan.
Masalahnya sekarang beliau tidak pernah mengenali isterinya. Dia juga tidak pernah keluar date atau berbual dalam telepon dengan bakal isterinya so macam mana 2 orang tidak mengenali antara satu sama lain boleh membina searah satu rumah tangga yang bahagia ?
Dia hanya berpeluang melihat sekeping gambarnya bakal isterinya dan hanya menatap wajah isterinya pada hari mengangkat Nikah. Aduh cam mane ni…. Pada malam tersebut mereka dia dikenalkan dengan ahli keluarga barunya dan pada malam pertamanya mereka berdua hanya bertanya soalan soalan bodoh sahaja.
Mereka mengambil masa kira kira lebih kurang 6 bulan untuk mengenali antara satu sama lain dan saling cinta mencintai antara satu sama lain. Keredaan dirinya menerima apa sahaja yang dianugerahkan kepadanya dia berjaya mendidik isterinya menjadi seorang isteri yang baik, ibu yang baik, Insyaalah semoga ianya berkekalan.
Bertanya seorang kawan dia apakah bagaimana dia dapat menyesuaikan diri dengan pilihan keluarganya dan hanya mengenalinya selepas bercinta. Dia mengatakan bahawa
Pertama - Dia mempercayai bahawa semuanya adalah ketentuan dari Allah S.W.T dan sentiasa memohon kepadaNYA sebuah keluarga yang sempurna. Kedua - Dia juga percaya suami dan isteri perlu saling bertolak ansur, saling faham memahami, bantu membantu, mengambil berat, dan suami sebagai Pengarah dan isteri sebagai pelakon kalau pelakon tidak dapat follow pengarah maka filem tersebut takkan berjaya. kalau sebaliknya isteri jadi pengarah suami jadi pelakon maka Queen Control lah namanya. Ketiga - Menjalani kehidupan yang sederhana mengikut kemampuan mereka. Keempat - Sering berbincang dan menunjuk contoh tauladan yang baik.
Sehingga Entri ini dipublish mereka masih dilamun cinta dan akan terus dan terus bercinta kehingga ke akhir Hayat mereka…. Insya Allah.
dan Dia adalah Saya yang akan menyambut ulang tahun perkahwinan kami yang ke 9 November ini.


35 Comments to “Cinta Selepas Kahwin”