Semalam semasa kat Masjid ada sesorang meminta jemaah masjid meminta tolong menghadiahkan
solat sunat hadiah kepada arwah Cik Som bte Zainab. Maka tok iman memanggil beberapa orang jemaah masjid untuk membantu mendirikan solat Hadiah. Memandangkan sepanjang hayat saya tak “came a cross” dengan solat sunat hadiah ini maka sangat berminat mengetahui dengan lebih lanjut dan berjanji dengan Pak Iman akan memdirikan solat sunt Hadiah untuk arwah.
Beginilah kira kiranya cara cara dan fadhilatnya
Solat Sunat Hadiah
1. Ianya dilakukan selepas jenazah dikebumikan
2. Ianya dilakukan berseorangan
3. Waktu Afdal antara Magrib ke Isyak malam pertama jenazah dikebumikan
4. Dilakukan sebanyak 2 rakaat
5. Niat “Ussali sunattan Hidayati rok-attaini adaan Aalilahi Taala”
Sahaja Aku solat sunat hadiah 2 rakaat kerana Allah Taala
6. Rakaat pertama selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali
7. Rakaat Kedua selepas surah Al-Fatihah, Baca Surah At-Takathur 1 kali, Surah Kursi 3 Kali dan surah Al Ikhlas 11 Kali (Sama)
8. Selesai solat Berdoalah seperti berikut
Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku telah mendirikan solat ini, maka aku memohon padamu memberi ganjaran pahala solat ini kepada Allahyarham/mah “Nama bte Nama”.
Menurut Pak Imam itu lagi terdapat dalam satu kitab sesungguhnya pada malam pertama jenazah dikebumikan maka satu suasana yang maha hebat berlaku dalam liang kubur itu maka dengan solat ini dari anak /kaum keluarga /waris atau sahabat handai moga dilapangkan dan memberi ketenangan kepada arwah didalam kubur.
Ia juga mengiringi kematian orang yang dikasihi dengan doa semoga mendapat keampunan dan Rahmat Allah sehingga ke hari Akhirat
Wallahu Alam.
Hashim 14/05/08 @ Masjid Geliga pulang kerumah Rm XX sedekah dari Keluarga si mati…..
Posted on 14 May '08 by admin, under Tazkirah. 5 Comments.

Tersebut alkisah 10 tahun duluuuuuu
Kisah sekor chief setan yang merayau rayau melihat
para para setan setan gondol membuat kerja……..
sampai di satu tempat lalu bertanya la dia….
chief setan : ” Lo amacam kerjo kamu ?
setan jr :” Kena kerja kuat boss kat sini semua orang kuat agama,
semua orang kuat sembahyang. berpuasa boss”
chief setan : “Ok so aku mau kamu kerja lagi … mesti mau kerja keras”
setan jr :” Ok boss…
Lalu pulang la Chief setan itu ke Istana nya ……..
Selepas 5 tahun datang kembali Chief setan menjenguk anak buahnya membuat kerja…
chief setan : ” Joe amacam kerjo kamu ?
setan jr :” Ok boss kat sini semua ok so far so goood boss”
chief setan : “Ok so just keep it up”
setan jr :” Ok boss…
Lalu pulang la Chief setan itu ke Istana nya dengan gumbiraaaa……..
Sekarang datang lagi tahun melawat maka kembali lagi Chief setan menjenguk anak buahnya membuat kerja…
Lalu amat marah Chief setan melihat para para setan sedang syok tidoooo
chief setan : ” Hoi !!! ini kerja kamu ye menbuta aje…..
setan jr : ” errr tak boss kami … kami.. sebenarnya
chief setan : ” apa cakap sekarang “
setan jr : “Sebenarnya mereka lebih jahat dari kita orang boss
perangai dia orang pun mengalahkan setan dah boss. Sekarang tak payah goda mereka dah boss”
Maka pulang la Chief setan itu ke Istana nya dengan lagi gumbiraaaa……..
Misi Berjaya
Moral ” Lu orang ada otak lu pikir la sendiri “
Posted on 16 April '08 by admin, under Tazkirah. No Comments.
Aku terima satu mail dari Yeop office mate aku yang mengandungi
beberapa keping gambar…. satu keping aku posting kan dekat sini
tujuan aku bukan untuk memalukannya tetapi sekadar memberitau apa yang salah
Apa itu Aurat ?
AURAT ialah perkara aib atau keaiban dan jika dikaitkan dengan bahagian badan manusia adalah bermaksud bahagian badan yang dianggap tidak baik dan memalukan jika didedahkan kepada umum
Aurat Bagi Wanita ?
Aurat wanita pula ialah seluruh badan bagi wanita bebas kecuali muka, dua tapak tangan di bahagian atas dan bahagian bawahnya
Hukum menutup aurat itu bagi wanita ?
Hukum aurat perempuan secara jelasnya telah dinyatakan oleh Allah Taala dalam Al-Qur’an sebagai satu perintah dan kewajipan yang harus dilaksanakan oleh hambaNya yang mukmin Adalah menjadi satu kemestian “WAJIB” bagi setiap wanita akur dengan perintah Allah untuk memakai menutup kepala mereka dan jika perlu termasuk juga mukanya . Kiranya ada di antara mereka yang ingkar dengan perintah yang sudah termaktub dalam Kitabullah, ingatlah siksaan Allah adalah amat keras buat mereka. Pelbagai dalil dan nas yang berkaitan dengan KEWAJIPAN MENUTIP AURAT bagi setiap wanita Islam yang mengaku beriman dengan Kitab Allah dan Rasulnya.
Siapa yang Bole melihat aurat wanita?
Surah An Nur ayat 31
“Dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada suami-suami mereka, atau bapa-bapa mereka, atau bapa-bapa mentua mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka (anak tiri), atau saudara-saudara lelaki mereka, atau anak-anak saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita (rakan sejawat atau yang berkhidmat) dengan mereka, atau hamba sahaya mereka, atau orang-orang lelaki yang menjadi pengikut mereka yang tidak mempunyai syahwat (nafsu) kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum timbul berahinya apabila melihat aurat perempuan.”
Antara Kesalahan kesalahan yang sering berlaku

Yang sebenarnya atau yang lebih afdal seperti berikut
Secara amnya wanita berpakaian begini boleh dikatakan bole mengurangkan jenayah rogol, cabul, dan pelbagai kejadian yang tidak diingini… berbanding gambar wanita diatas….
Tujuan Tuntutan Aurat
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh . Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati’e dan usul. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membuang bayi luar nikah dll…. Syaitan juga mensasarkan dosa ‘buka aurat’ ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :-
“ Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya ..” Al-A’raf : 20)
Jazakallahu Khairan
hashim
16/4/08
Posted on 16 April '08 by admin, under Tazkirah. No Comments.
Apa yang bole dilakukan dalam masa 1 minit
Adalah satu rahmat yang besar dan 1 peluang yang besar dalam setiap minit minit kehidupan kita.Dan setiap minit amatlah berharga bagi setiap muslim / muslimat.
1 Dalam 1 minit anda bole membaca 7 kali surah Al-fatihah
Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah Saw melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah Swt. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat. Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah Saw melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril As menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.
Bayangkan dengan 7 Kali Bacaan
2. Dalam 1 minit anda bole membaca 20 kali surah Al-Ikhlas
Rasulullah Saw bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. Jibril As menjawab “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.
3. Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) Sebanyak 50 kali
4. Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100 Kali
5. Boleh menyebut Kalimah “Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali
6. Boleh menyebut Subhan Allah, Wa’l-hamdu Lillah, Wa ha ilah ill-Allah, Wa Allahu sebanyal 18 kali
Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.
Sesungguh Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati Nya,
Jazakalahu Khairan
Hashim Habeed
14.4.08
Posted on 14 April '08 by admin, under Tazkirah. No Comments.
Posted on 13 April '08 by admin, under Tazkirah. No Comments.
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah…
“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka“. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1.Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2.Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3.Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4.Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5.Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6.Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7.Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8.Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9.Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11.Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
13.Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
15.. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16.Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17.Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18.Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
Norimah md sidek
Posted on 10 April '08 by admin, under Tazkirah. No Comments.
Hanya 29 patah perkataan seorang muslim perlu dalam kehidupan
Patah patah perkataan kita kaitkan antara satu sama lain untuk menjadikan
Kehidupan kita lebih bermakna.
Alif, “Allah”, tiada tuhan disembah kecuali yang satu
Ba ”Bismillah”, dengan nama Allah dalam setiap permulaan
Ta, “Tilawah”, Bacaan Al Quran
Tha, “Thawab” hanya kurnian dari Allah.
Jeem , “Jamaah” Berganding Bahu antara satu sama lain
Ha ”Haram” larangannya.
Kha, “Khutbah” dengarlah dengan teliti,
Dal, “doa” memohon hanya kepadaNya semasa susah & senang.
Dhal, “dzikir” Berbanyak banyak kepadaNya
Ra, “rukuk” kepada mu kami sembah
Zha, “zakat” Memberi kepada yang memerlukannya
Sim, “sejadah” tanda penghormatan.
Sheen, “Syukur”, atas pemberianNya
Sadth, for “salat” Amalan harian kita untuk Nya
Daad, “duha” Waktu matahari mula naik
Ta, “tawaf” mengelingi Kaabah.
Zha, “Zuhur” antara antara waktu sembahayang .
Ain, “Aidil Fitri & Aidil Adha ” kemenangan dalam islam.
Ghain, “ghusl” kebersihan rohani .
Fa, “Fatwa” . undang undang agama.
Qaf, “Quran”, Kitab Suci
Kaf, “Kaabah”, Kota suci Mekah Almukkaramah,
Laam, “Labbayik” Pangillan Nya.
Meem, is for “Masjid” Tempat ibadatnya
Nun, “noor” cahayaNya
Wow, “wahid”, Hanya yang satuHa, “Halal”, kebenarannya
Hamzah “Hamzah R.A” Bapa Saudara & Panglima Islam
Dan Ya, “Yasin” hati dan Jantung dalam Al Quran.
Ingatlah 29 ayat diatas
Posted on 9 April '08 by admin, under Tazkirah. No Comments.
Posted on 9 April '08 by admin, under Tazkirah. No Comments.
Posted on 9 April '08 by admin, under Tazkirah. No Comments.