Petikan Bernama
KUALA TERENGGANU, 29 April (Bernama) — Media perlu memainkan peranan untuk melerai segala kekeliruan serta salah faham rakyat terhadap kerajaan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Agama Negeri, Khazan Che Mat.
Beliau berkata ini berikutan rakyat menganggap kerajaan sekarang adalah lemah.
“Hari ini kerajaan yang diperintah oleh parti yang menang (selepas pilihan raya) telah diberikan gambaran sebagai kerajaan yang lemah. Oleh itu rakyat wajar diberikan gambaran yang betul dan media mempunyai peranan dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan peringkat negeri Terengganu di sini hari ini.
Khazan berkata agensi di bawah Kementerian Penerangan perlu menjadi pembekal maklumat yang berkesan kepada kerajaan.
“Kita tidak boleh tersilap langkah dalam bertindak hanya disebabkan kesilapan maklumat dan hal ini wajar diberikan perhatian oleh semua pihak berkaitan,” katanya.
– BERNAMA
——————————————————
Tengok berita yesterday & today my personnel comment media bukan lagi untuk meleraikan kekeliruan rakyat dan salah paham rakyat terhadap kerajaan tetapi semakin MENYESATKAN Rakyat dan menutup supaya terus duduk dibawah Tempurung
Posted on 30 April '08 by Hashim Habeed, under Politik. 2 Comments.
Tadi sempat pergi ke bank untuk membuat beberapa bayaran kad kredit, rumah, kereta dan utiliti bulanan, Maklumlah baru dapat gaji. Sedang saya mengeluarkan duit sebuah bank di bandar tertarik melihat seorang makcik tua yang membawa beberapa keping not rm untuk memasukkan kedalam CDM (Cash Deposit Machine) nampak keletihan mungkin menunggu agak lama maklumlah orang ramai dah dapat gaji so mesti jem skit beratur depan ATM/CDM.
Sampai giliran makcik tu, makcik tu meminta tolong seorang pemuda kat tepi untuk menolongnya memasukkan duit. Makcik di beritahu bahawa Not Rm 50 baru tak boleh digunakan lagi kedalam CDM Bila melihat antaranya ada 2 keping Not baru kat tangan Makcik tu. Makcik tu menjawab “Tadi kita g doh kat kaunter. Dia suruh pakai pakai mesing. Masuk pakai mesing tokleh pulok.”
Kesian pulak kat makcik tu di arah pergi sana sini oleh pegawai Bank dah tu nak masuk pakai mesin deposit duit baru masih tidak bole pakai lagi.. Kalu aku yang menghadapi situasi tu mau aku maki pegawai bank tu….
Terpikir la pulak Sama ada bank seharusnya..
Program kan Mesin terima duit baru dulu dan kemudian edarkan duit baru atau
Edarkan duit baru dulu dan kemudian program mesin.
Kalau tak silap aku bank ini ada kenakan caj untuk masuk duit melalui kaunter .
Ehmmmm…………..
Posted on 30 April '08 by Hashim Habeed, under Uncategorized. 2 Comments.

Beberapa ulasan yang dibuat termasuk No 1 negara tentang penjimatan baru Kerajaan Malaysia untuk tidak menghantar Pelancung Angkasawan Malaysia kedua. Sekiranya kesakitan Mejar Faiz semasa ditetak oleh beberapa orang lelaki mungkin kesakitan mungkin lebih lagi apabila mendengar berita buruk ini
Menurut kebanyakan akhbar menipu minda rakyat berdasarkan fakta yang dipersetujui oleh badan-badan dunia, kos bagi membangunkan sebuah prototaip pesawat angkasa adalah lebih rendah daripada kos menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
So apakah kos menjadi factor ? Menyemak balik perbelanjaan menghantar Sheikh Muzaffar ke Angkasa Lepas yang memcecah 100 juta tu nasib baik ada discount dari kerajaan Russia diatas pembelian Jet Pejuang Sukhoi maka seorang Angkasawan Malaysia dibenarkan melawat Angkasa Lepas dengan kadar yang murah.
Memandangkan replacement Nuri yang disebut sebut kontraknya bakal diperolehi oleh sebuat syarikat Itali AgustaWestland (Agusta) untuk model AW101 juga dikenali dengan nama Merlin. Maka tiada lagi discount untuk penghantaran angkasawan yang kedua. Akan menjadi kemarahan rakyat Malaysia lah sekiranya ada pengumuman penghantaran angkasawan ke2 dengan kos yang lebih tinggi. Kecualilah Malaysia membeli Helikopter yang ditender oleh syarikat Russia.
Ataupun semenangnya Pak Lah mengetahui penghantaran Angkasawan ini memang suatu pembaziran Wang Rakyat yang selepas post mortem mendapati memang salah satu punca kekalahan BN dlm PRU13 atau Sekadar satu kemegahan BN dalam Era pentadbiran Pak Lah. ?
Sheikh Muzzafar juga menyarankan agar program angkasawan kedua dihentikan bila sedar beban yang kerajaan tanggung semasa dia ke sana…Atau tidak mahu Mejar Faiz lebih Glamour darinya Maklumlah sekarang dalam Majalah Hiburan pun ada gambar Sheikh Muzzafar dah.Tu tak termasuk pelbagai anugerah yang diterimanya Nanti kalu Mejar Faiz naik Angkasa dan buat experiment yang lagi canggih mau hilang glamournya.
Pokok pangkalnya Rakyat sekarang tidak mau tau Berapa Kos penghantaran Angkasawan, Atau Berapa kos membangunkan sebuah prototaip pesawat angkasa atau berapa kos pembelian helicopter. Tetapi rakyat lebih berminat untuk mengetahui Berapa Harga Gula sekilo hari esok? Berapa harga Minyak Petrol esok, Berapa harga beras esok………
Hashim300408
Posted on 30 April '08 by Hashim Habeed, under Politik. No Comments.
Selepas pelbagai aduan diberikan kepada Badan Bebas BPR ops Belum Badan Bebas lagi cerita tentang seekor Toyol yang terlibat dengan pelbagai Skandal kebas Pitis, Salah guna kuasa, Pecah Amanah arakian maka masih kebal lagi Toyol tersebut walaupun tidak berkuasa lagi. Tiada apa apa tindakan yang diambil terhadap Toyol walaupun pelbagai usaha diambil untuk menangkap Toyol Tersebut.
Semenjak Toyol berkuasa telah banyak projek-projek besar seperti projek jalan-jalan di Sekincan dan Sungai Panjang diagih kepada Kroni Kroni Toyol. Antara kroni Toyol paling banyak dapat projek adalah Setiausaha Poltik Toyol melalui sendiri iaitu Meram Holding dan Radzah Sdn Bhd dan juga pegawai khas Toyol, yang dalam usaha mengumpul harta kekayaan.
Toyol juga didakwa terlibat dalam skandal tanah di Kajang. Toyol dikatakan membeli sebidang tanah dengan harga RM2 bagi setiap kaki persegi dan menjualnya kepada PKNS dgn harga RM22 sekaki persegi. One shoot Toyol berjaya meraih RM59 juta.
Toyol juga didakwa terlibat dlm kes rasuah dalam urusan tawaran tapak banglo PKNS di Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi pada tahun 2002. Dalam urusniaga itu, toyol selaku Pengerusi PKNS meluluskan tanah untuk kegunaan sendiri dengan mendapat 50 peratus potongan dari harga asal. Juga kontroversi dalam pembinaaan bunglow mewah di Shah Alam untuk kegunaan Exco2 yang memcecah nilai 40juta ringgit ketika rakyat menangani krisis ekonomi yg teruk. Tidak termasuk meminta komisen komisen untuk setiap projek yang telah diluluskan olehnya
Terbaru muncul satu lagi Toyol Kecik yang mampu menghilangkan duit sekitar 10juta dalam sekilip mata.Mana taknya toyol kecik ni belajar dari Gurunya… Mana tak tumpah kuah kalau tidak ke nasik.
Saya sering terbaca hikayat pasal toyol, selalunya Toyol amik pitis sikit aje…. tak sangka pula sekarang ni status Toyol dah berubah kalu sapu, ….. sapu sampai licin.
hashim290408
Posted on 29 April '08 by Hashim Habeed, under Politik. No Comments.
Perasan atau tidak sejak kebelakangan ini pihak Astro sudah menjadi propaganda Kristian dengan menambah rancangan barat yang mengisahkan sekumpulan pemuda yang membuat businnes melukis tatoo di segala tempat dibadan manusia kafir dalam saluran Travel & Living . Agaknya Astro rasa rancangan siaran mereka yang sulung mendapat sambutan yang cukup hangat hingga menambah 2 lagi rancangan yang sama intipati untuk masyarakat malaysia. Sekiranya CSI ada versi new york, ada miami, LA sama jugak rancangan ini pun ada versi LA, Miami jugak
Hebat sungguh Astro dalam diam diam menyelitkan unsur unsur negative dan menyemai propaganda kristian kepada masyarakat Malaysia. Mungkin kerana melihat ramai anak muda dah mula bertatoo maka rancangan ini perlu pertambahan siarannya. sehingga kepada 3 rancangan dan disairkan setiap malam.
Lembaga penapisan tak perasaan sehingga rancangan sebegini boleh disiarkan di Astro, atau Astro sememangny KEBAL. Memandangkan ianya hanya siaran berbayar tunggal diMalaysia. Dengar kata SKM menjamin haknya esklusif sehingga 2017 dan lesen kekal hingga 2022. So nothing to worry.
Ini akibat sekiranya hanya satu services provider diberi LESEN TERBANG tiada saingan, tiada halangan, hanya hisap darah pelanggan…
Allah s.w.t melaknat org yg menyambung rambut dan yang meminta disambungkan,melaknat org yg bertatoo dan yag meminta ditatookan
(H.R Bukhari dan Muslim)
Posted on 28 April '08 by Hashim Habeed, under Uncategorized. No Comments.
Pagi tadi semasa bangun dari tidor mendapati ada satu massage diterima
bila melihatnya rasa nak ketawa pun ada rasa nak menangis pun ada. Apa tidaknya satu massage dari satu services provider bertulis
” Hi sayang sudah kah download sexy movies saya ? Type ON HOT dan hantar sms kepada 3*** 8 awak mesti terpikat dengan saya”
bila saya bersembang dengan kawan kawan se ofis ada yang mengatakan mereka nyaris bergaduh dengan isteri apabila ada satu sms yang bertulis (lebih kurang) seperti di atas kebetulan sang isteri yang menbaca sms apalagi kena jawabler,,,,
Kalau dibiarkan saja saya rasa nanti mau filem prono pula jaja menerusi SMS. Ini diantara kenapa galakan kepada masalah Sosial meningkat pada hari ini. Kalau diihat pada hari ini rata rata pelajar sekolah pun dah ada handphone. bayangkan sekiranya klip2 begini dijual menerusi pesanan SMS.
Sekiranya membuka Harian Metro anda dapatlah melihat satu muka penuh syarikat yang menyiarkan iklan ringtone dan pelbagai services. Cuba bayangkan untuk menyiar satu muka penuh di akbhar berapa ongkosnya sehari ? kalu sebulan ?? Jadi sesungguhnya business sebegini memang menguntungkan. Bukan perlu bayar royalti pun…… Janganlah bila masalah lagi besar melanda baru nak merawat. Pada Suruhanjaya komunikasi & multimedia pantau pantau lah sikit ye, atau jabatan hasil dlm negeri tu tengok tengok la syarikat yang beroperasi menyediakan perkhidmatan sebegini tu ada ke bayor income tax ??
Jangan la pulak satu hari nanti SMS dikenali SEX MESSAGE SERVICES……..
260408
Posted on 26 April '08 by Hashim Habeed, under Uncategorized. No Comments.
Saya telah membuat satu online petition bertujuan agar Kerajaan Malaysia mengembalikan wang royalti kembali kepada Kerajaan Negeri.
Saya Merasakan ianya salah satu contribution sebagai rakyat Terengganu dalam usaha menuntut kembali wang royalti yang di rampas kembali seperti dahulu.
Semoga duit royalti ini digunakan untuk membangunkan negeri Terengganu keluar dari kemiskinan.
Sekiranya saudara/i bersetuju dengan usaha saya mengembalikan Wang Royalti kepada kerajaan Negeri sila ambil masa selama 2 - 3 minit untuk mengisi I-Petition dilink dibawah
http://www.ipetitions.com/petition/Royalty_Minyak/
Posted on 26 April '08 by Hashim Habeed, under Misc. 1 Comment.
Posted on 25 April '08 by Hashim Habeed, under Misc. No Comments.
Girls, are you into shoes? Most of us are. Of all the shoes in your closet, I bet you don’t have any quite like these. These are the most expensive shoes in the world.
These Cinderella Slippers by Stuart Weizman are the world’s most expensive and cost $2,000,000 dollars. They have a four and a half inch stiletto heel and are set with 595 carats of platinum set diamonds.
These were worn by singer Alison Krauss.
These Ruby Slippers by Stuart Weitzmen are based on the Ruby slippers worn by Dorothy in The Wizard of Oz, but you can bet that her slippers didn’t cost a cool $1.8 million. These slippers are studded with 690 rubies and were made for an actress to wear at the Oscars but never worn.
This pair of alligator boots by Manolo Blahnik comes in at a cool $14000 which is very cheap by comparison. This designer is famous for very high heeled designs and also designs wedding shoes. The good news is that you can buy these fabulous boots and others made of ostrich leather and snake skin in New York. (If animal skins are your thing!)

—————————————————
Kalau kekasih/Girlfriend anda mintak kasut yang jenis ni ada berani ke mau kasik ??
Posted on 25 April '08 by Hashim Habeed, under Misc. No Comments.
Membaca satu email hari agak lucu tetapi terdapat satu amalan yang dituntut didalam islam.
Menurut email tersebut
Menurut sebuah Kitab syaitan dan iblis sering sakit, luka patah tangan dan juga pelbagai penyakit. Kecederaan ini biasanya berlaku ketika seseorang mambaca quran, atau bilal melaung azan dari masjid masjid dan apabila azan atau bacaan quran berkumandang di corong
corong speaker maka bertempiaran dan lintang pukang syaitan dan iblis melarikan diri dari mendengar suara azan atau bacaan quran.
Semasa melarikan diri mereka sering terlanggar bukit, pokok, bangunan serta mengalami
kecederaan yang serius. Maka datanglah ketua Hadhari mereka dan berpesan menyuruh
mereka pergi ke rumah orang islam dan carilah mereka yang kencing berdiri, lalu ambil dan air kencing itu disapu ditempat yang luka.
Maka akan sembuhlah kecederaan kelukaan dan penyakit mereka dengan cepat.
Jadi kesimpulannya silalah kencing berdiri untuk merawat syaitan dan iblis yang luka tanpa bayaran
Wallahu Alam….
saya tak pasti samaada cerita diatas benar atau dongeng. Any comment??
Posted on 24 April '08 by Hashim Habeed, under Uncategorized. 4 Comments.