Misteri Bayi menangis

    Hari sabtu baru baru ni Syarikat saya mengadakan Family day kat Pantai Teluk Mak Nik Geliga. Salah Seorang staff datang bersama bayinya .. Keesokkan hari saya diberitau anak nya menangis sepanjang malam sehingga ke pagi.. Maka saya memberi sedikit tip yang pernah saya terbaca, Sekiranya membawa anak anak kecil ke tempat yang agak keras… pastikan tip tip berikut diikuti

    Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.

    Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.

    Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.

    Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.

    Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.

    Walaupun demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak puan tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.

    Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.

    Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.

    Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.

    Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.

    Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.

    Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya. Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.

    Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.

    Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.

    Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.

    Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).

    Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.

    Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.

    Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a’uzu bi rabbinnas dan Qul a’uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.

    Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.

    Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma’ Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib.

    Soal Jawab Agama Bersama Dr. Amran Kasimin (kredit dari www.duniaperkahwinan.com)

    Commented. Posted on 2 March '09 by Hashim Habeed, under Health, Misc, muslim.

    How to Get Easy Money ?

    Ha ha ha ha mesti ramai orang masuk nengok entri ini apa yang bole get easy money i…

    Saya bukan perancang skim Ponzi atau skim cepat kaya… Saya juga tidak mengambil wang deposit secara haram, saya berurusan memberi wang kepada orang ramai, tetapi saya bukan along.. saya cuma nak tolong..

    Saya tiada kaitan dengan AMLA atau BAFIA atau BlackMoney. Saya mempunyai lesen yang sah dari Kerajaaan Malaysia Bukan Lesen AJL atau MLM … Saya ada pejabat di seluruh negara. Pejabat saya menjadi tumpuan oleh rata rata rakyat malaysia sejak bulan Julai setahun lalu. Orang Kaya, Miskin Tua Muda, Dara, Janda, duda, Bachelor, semua datang collect duit dengan Saya. Yang mewah collect Rm 625 dan yang kurang mewah collect Rm 150.  Tahu kah anda siapa saya.

    Semalam dilaporkan jumlah rebat tunai yang telah dibayar oleh POS MALAYSIA kepada pemilik kenderaan yang layak bagi tempoh 14 Jun 2008 sehingga 31 Jan tahun ini adalah sebanyak RM3.6 bilion manakala jumlah bayaran komisen kepada Pos Malaysia Bhd pula sebanyak RM22.8 juta. (Bukankah Easy Money) One year collect 22 juta sapa tak mau????? Giler

    Commented. Posted on 24 February '09 by Hashim Habeed, under Misc, Politik.

    CARTA TOP TEN minggu ni

    “Kalau MB selangor nak buat pahala pun janganlah mengunakan duit pertubuhan atau orang lain …..” Begitulah bunyi berita Tb tree sebentar tadi… Katanya seorang Pak Menteri dijabatan Perdana Menteri. Dia berkata demikian mengulas pasal MB Selangor menyerah Lembu Lembu untuk dikorbankan kepada penduduk. (Sila amik perhatian .. Kes lembu ini adalah rasuah yang terbesar berjaya dibuktikan oleh  SPRM diabad ke dua puluh ini yang terjadi kat Malaysia. Jadi jangan lupa kredit goes to SPRM ops GERAK ops.. Khir Toyo.

    Kes ini mengangkat carta Rasuah Lembu ke tangga pertama mengalakan Rasuah Scopene, juga rasuah pemilihan Umno tak lupa pulak rasuah Kementerian Belia dan Sukan tempoh hari yang membeli Player dan Screwdriver berharga Rm400 sebatang juga Kes Rasuah Port Klang Free Zone (PKFZ), Kes Kehilangan duit Maica Holding semua dah terkeluar dari carta…

    Berbalik pada ulasan pak menteri yang cerdik pandai ni… Mungkin saya kurang cerdik tapi suka saya berulas sedikit. Kalau menteri buat open house kat rumah mereka masa Raya Puasa ke Raya Gawai ke tu bukan ke duit peruntukan ?? Tu duit sapa tu ?? Duit dari pocket sendiri ke?? kalau duit tu kira pahala sapa yang punya … Mungkin Pahala tu untuk Kerajaan kot ?? Hairan saya …

    Jadi cukuplah kita menyeksa Lembu Lembu yang tiada berdosa tu dari fitnah dan menjadikan mereka mangsa. Kan tak pasal pasal kita jadi macam OTAK LEMBU … BODOH… mengulang sebaris ayat dalam sebuah filem berkata

    ” KECIK KECIK TAKNAK MAMPUS DAH BESAR MENYUSAHKAN ORANG”

    Kat TB tree pun dah gasak pembangkan cukup cukup sampai Harta Karun pun dieja harta HARUN… Harta En Harun yang mana ni ?? HArun Salim Bachik

    Commented. Posted on 23 February '09 by Hashim Habeed, under Politik.

    Tahukah Anda

    Tahukah anda perkataan Eritrea ?? Tak pernah dengar … Saya pun tak pernah dengar… Kalau tengok pada name macam nama pokok je…. Ada bunyi bunyi tre gitu gitu tetapi factnya ialah Eritrea ialah sebuah negara

    State of Eritrea, is a country in Northeast Africa. It is bordered by Sudan in the west, Ethiopia in the south, and Djibouti in the southeast. The east and northeast of the country have an extensive coastline on the Red Sea, directly across from Saudi Arabia and Yemen. The Dahlak Archipelago and several of the Hanish Islands are part of Eritrea. Its size is just under 118,000 km² with an estimated population of 4,400,000. The capital is Asmara (source wikipedia)

    Tau kah anda Kenapa pula tiba tiba saya buang tebiat tanya negara Eritrea ?? Ada sapa sapa tau ?? itulah entri saya hari ini. Eritrea sebuag negara yang tidak saya pernah dengar, lihat atau tahu apa apa berita pasal negara tu… Malah dalam Geoghrapy pun tak pernah saya belajar….

    Tetapi tahukan anda negara tu lebih bagus dari Malaysia ?? Ini bukan saya cakap tapi Ranking FiFa. Kedudukan Malaysia dalam Ranking Dunia pada tempat 161 tetapi kedudukan Eritrea bagus satu tangga dari Malaysia. Bukankah itu bermakna mereka lebih baik dari Malaysia dalam sukan bolasepak ??

    Tahukan Anda Jurulatih Malaysia Sathianathan telah meletak jawatan selepas diperbudak budakkan oleh UAE tak hairan pasal UAE jauh lagi baik ranking 114. Tahukan anda pula selepas letak jawatan bekas pengurus itu mengatakan Liga Malaysia tiada standard. Saya pun rasa begitu……

    Memandangkan Jurulatih Malaysia masih kosong mungkin FAM bole contact Luis Filipe Scolari yang sekarang ni mencari kerja kosong …. takkan x bole bayor kalau ADUN lompat parti bole dibayo berjuta juta ni kan pulak seorang jurulatih.

    Tapi tahukah anda datanglah jurulatih dari mana pun sekali kalu pengurusan bolasepak Malaysia tahap kunci pagar tadika dan pemain macam chipmore sekejap performed sekejap tak performed takkan kemana Mutu bolasepak Malaysia.

    Fifa Ranking

    Commented. Posted on 20 February '09 by Hashim Habeed, under Uncategorized.

    Kelas Maki & Gaduh sessi 2009 telah dibuka

    Got the picture ??

    Blum …. apa laa korang ni … parlimen akan bersidang bagi sessi 2009 bermula hari ni sehingga 19 Mac.

    Perasmian Dewan Parlimen diRasmikan oleh YDiPertuan Agung Tengku Mizan pagi tadi juga mengucap farewell dinner kat PM Pak Lah .

    So bermula lah lagi episode kata mengata, maki memaki yang juga mungkin akan ada live di TV.

    Boring …. boring dan menyampah… kita orang pilih korang ke parlimen untuk menyelesaikan dan membawa masalah rakyat tapi sibuk korang bertengkar benda benda yang tiada berfeadah

    Commented. Posted on 16 February '09 by Hashim Habeed, under Uncategorized.

    Page Navigation